Q & A Dianz Vitamin

Soalan Lazim Dian’z Vitamin C & E Plus.

Q : Vitamin C & E ini berapa harganya? Cara makan pula bagaimana?
A : RM50 sm / RM55 ss (tidak termasuk pos).
– 1 biji sekali sehari / 2 biji sehari untuk kesan lebih cepat (whitening booster).
– 1 botol 30 biji.

Q : Vitamin C & E ini selamat? Halal? Ada pengesahan KKM?
A : Ya. Pasti halal, produk bumiputera dan dibuat di kilang bertaraf GMP, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan produk kawalan farmasi
– NO KKM : MAL16095012NC

Q : Vitamin C & E sebenarnya untuk apa?
A : Untuk memutihkan kulit, mengurangkan dan menghapuskan jerawat dan jeragat serta parut, membantu pertumbuhan sel baru.

Q : Jika kita berhenti ambil Vitamin C & E ini, adakah ada kesan buruk? Apa akan terjadi apa kulit kita?
A : Kalau berhenti tidak akan beri kesan kepada anda seperti jerawat atau jeragat. Tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam. Kerana zat-zat vitamin dalam badan telah berkurang. Tanya pada diri anda. Jika produk yang baik untuk tubuh anda kenapa perlu berhenti?

Q : Berapa lama untuk melihat kesan selepas pengambilan Vitamin C & E ini?
A : Bergantung atas metabolisme masing-masing. Ada yang cepat ada yang lambat. Paling cepat 3 hari, dan paling lambat 3 bulan. Jadi jangan baru makan sebulan sudah putus asa ya!

Q : Boleh campur makan vitamin lain jika makan Vitamin C & E ini?
A : Tidak digalakkan jika vitamin yang anda makan sekarang mempunyai vitamin c, e, pure collagen & glutathione kerana Vitamin C & E ini telah mempunyai semua kandungan tersebut. Jadi jika anda makan lagi, akan double dan boleh jadi overdose. Tetapi jika campur dengan vitamin garlic, ikan atau vco tiada masalah. Jika anda rasa anda cukup keperluan vitamin dalam badan anda, tidak perlu ambil sebarang suplemen lain lagi.

Q : Perlu berpantang apa-apa untuk ambil Vitamin C & E ini? Seperti kafein, makan laut?
A : Ya. Anda perlu elakkan kafien dan air karbonat untuk kesan yang lebih cepat, tetapi anda boleh ambil makanan laut seperti biasa. Vitamin C & E ini menggunakan kolagen ikan talapia. Tidak memberi alahan kepada individu yang alahan kepada makanan laut.

Q : Vitamin C & E ini sesuai untuk semua peringkat umur?
A : Sesuai. Kami syorkan untuk wanita yang sudah baligh. Jika belum baligh atau masih kanak-kanak, agak tidak sesuai. Hormon pun masih muda remaja. Sesuai untuk yang berumur 16 tahun dan ke atas. Selalunya umur 40an sudah mula ada jeragat. Masih boleh makan, untuk pudarkan jeragat.

Q : Vitamin C & E ini untuk muka sahaja?
A : Vitamin C & E ini bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita. Vitamin C & E ini akan cair dan akan salur melalui darah. Mana mungkin darah pergi ke muka sahaja kan? Tak akan muka kita sahaja mahu putih, licin, cantik dan berseri kan? Badan kita pun juga mahu putih, cantik dan berseri juga. Betul?

Q : Vitamin C & E ini menggemukkan atau tidak?
A : Ia tidak menggemukkan.

Q : Mengandung dan menyusu boleh ambil Vitamin C & E ini?
A : Ya. Boleh untuk ibu menyusu dan mengandung. Anda boleh bawa Vitamin C & E ini berjumpa doktor jika masih ragu. Keselamatan bayi adalah yang utama. Betul?

Q : Jika sedang berpantang boleh makan Vitamin C & E ini?
A : Boleh. Tetapi pendapat kami tidak digalakkan. Kerana anda makan bersama jamu yang panas dan lada hitam. Jadi, habiskan pantang anda dahulu. Hanya 44 hari. (Sabar la kejap. Kelam kabut nak pergi mana? Hehe..)

Q : MENOPAUSE, adakah selamat untuk saya makan Vitamin C & E ini?
A : Ya. Selamat dan disarankan untuk memakan vitamin ini kerana ia menstabilkan hormon bagi masalah yang dialami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause.

Q : Darah tinggi, kencing manis (diabetes), sakit jantung boleh ambil?
A : Jika melibatkan ubat doktor. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Q : Waktu datang bulan (period), boleh makan Vitamin C & E?
A : Datang bulan boleh ambil seperti biasa. Tiada masalah.

Q : Saya ambil pil perancang, bolehkah ambil Vitamin C & E ini?
A : Ya. Boleh.

Q : Kenapa muka saya naik jerawat? Perlukah minum air masak (plain water) yang banyak jika ambil Vitamin C & E ini?

A : Ini kesilapan kefahaman sebenarnya. Jika anda tidak ambil apa-apa suplemen sekalipun, memang perlu minum air masak yang banyak. Jika tidak sampai 3 liter sekalipun, mungkin 1.5 liter sudah memadai. Apabila toksik tidak dapat keluar, jerawat akan naik waima anda pakai skin care terbaik di dunia. Sama juga dengan suplemen, bila makan suplemen ia akan cuba mengurangkan semua toksik dalam badan. Jika air tiada, bagaimana ia mahu keluar?

Jadi, kemungkinan muka naik jerawat sikit-sikit semasa ambil suplemen sebelum mendapat kulit yang cantik. Kesimpulannya, air amat penting. Tidak mampu 3 liter, memadai satu botol besar 1.5 liter sehari.

Disiplin amat penting. Jangan set your mind, makan suplemen atau pakai skin care terus kulit cantik. Anda sendiri perlu ada disiplin. Terima kasih.

Dapatkan Dian’z Vitamin C & E Plus di www.dianzbeauty.com

 

Advertisements